Pernahkah anda merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil di khalayak atau menghadiri temuduga atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, bertanyakan soalan dalam sesuatu majlis dan sebagainya?
Jika ada, itu adalah simptom kelemahan di bahagian tekanan darah, jantung dan medulla ablongata.
Jika ada, itu adalah simptom kelemahan di bahagian tekanan darah, jantung dan medulla ablongata.
Fenomena Debaran dan “Kuasa Tarikan”
Debaran berlaku apabila seseorang itu tampil dengan hanya membawa fizikal dan mental sahaja. Tanpa membawa sekali spitirual dan emosi, seseorang akan menjadi berdebar, tidak menguasai keadaan malah dikuasai oleh khalayak.
Kuasa Tarikan (juga dikenali sebagai “The Low of Attraction”) bagi orang yang berdebar ialah mereka tidak ada kesediaan sebaliknya mereka “disediakan”. Maksudnya mereka tampil bukan kerana itu kehendak mereka tetapi mereka diaturkan sedemikian oleh komuditi, organisasi, individu atau khalayak.
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu ada keyakinan dan persediaan yang secukupnya. Penyerahan kepada Allah hendaklah tinggi kerana Dia lah yang Maha Menguasi dan Maha Mengaturkan kita.
Orang yang berdebar, pusat kelemahan bahagian spiritual ialah Medulla Ablongata dan pusat kelemahan bahagian emosi ialah Jantung.
Sebelum debaran berlaku, darah yang lemah pengalirannya telah menjadikan seseorang merasa bimbang dan kurang keyakinan. Kebimbangan ini menjadikan dirinya tidak bersedia atau memaksa diri membuat persediaan di saat akhir. Semakin lewat sesuatu persediaan maka semakin tinggi lah kebimbangan. Kebimbangan ini akan berterusan hingga sampai saat yang ditetapkan untuk muncul.
Ketika itulah debaran sudah tidak dapat dikawal lagi (sebenarnya masih boleh dikawal jika betul caranya, insya Allah). Kebimbangan akan menjadikan tekanan darah tidak menentu. Tekanan tidak menentu ini akan mejejaskan rentak Jantung.
Rantak jantung dikawal oleh Medulla Ablongata. Medulla Ablongata akan turut terjejas kerana menanggung tekanan memaksa diri untuk tampil tanpa persediaan dan keyakinan.
Tetapi sekiranya seseorang itu kuat spiritual (Medulla Ablongata) dan emosi (Jantung), kelemahan pada bahagian darah tidak akan menyebabkan debaran.
Debaran Dan Tekanan Perasaan
Medulla Ablongata boleh menjadi lemah disebabkan lemahnya Pankreas. Pankreas yang lemah akan menyebabkan insulin dan glikogen tidak dapat dirembaskan. Glikogen bertindak menutralkan urik asid dan insulin bertindak menutralkan gula. Gula juga merupakan asid dan kandungan gula dalam darah juga akan meningkat jika Pankreas lemah. Pankreas mengawal pemikiran kita yang berkaitan dengan diri orang lain. Penyakit hasad atau tidak puas hati dengan orang lain adalah karektor yang berkaitan dengan kelemahan Pankreas (mengikut Hukum Keseimbangan).
Semakin tinggi urik asid dalam darah, maka semakin penting peranan Jantung untuk mengawal kadar tekanan supaya urik asid tidak menjejaskan tubuh. Jantung dibina daripada otot yang sangat kuat dan tidak mudah untuk lemah.
Tekanan Jantung dikawal oleh Medulla Ablongata. Tugas mengawal rentak jantung oleh Medulla Ablongata adalah sangat berat dan ia tidak boleh berlaku serentak dengan kawalan tekanan persekitaran luar tubuh (iaitu kerja dan sosial). Akibatnya seseorang akan merasa tertekan. Tekanan juga penyebab kepada tidak bersedia dan menjadikan debaran.
Debaran dan Sistem Darah
Jantung akan terganggu rentaknya jika terdapat gangguan terhadap kandungan dalam darah. Bahan yang biasa menimbulkan masalah dalam darah ialah sodium. Sodium banyak terdapat dalam garam masakan biasa di dapur.
Garam bukit adalah alternatif kerana kandungan sodium yang terendah iaitu kurang 5%. Selain garam dapur, bahan perasa makanan seperti mono sodium glitumat MSG turut mengandungi banyak garam dan banyak digunakan dalam masakan dan makanan ringan.
Burger merupakan contoh makanan yang mengandungi MSG yang terbanyak berbanding dengan makanan yang lain.
Burger merupakan contoh makanan yang mengandungi MSG yang terbanyak berbanding dengan makanan yang lain.
Tahukah anda Kedahsyatan MSG sebagai bahan perasa kerana ia bertindak mengalirkan zarah rasa dengan amat cekap. Setitik jus limau apabila dititiskan ke dalam segelas larutan MSG akan menjadikan seluruh gelas tadi menjadi air limau, supaya lebih menarik maka pewarna tiruan turut diletakkan.
Mereka yang mengalami masalah debaran, cuba semak adakah anda kerap mengambil makanan ringan atau makanan dari restoran makanan segera.Debaran yang melampau boleh menghilangkan tumpuan. Tumpuan ialah , Hipothalamus.
Apabila debaran disertai dengan rasa terkejut, pesakit akan terkucil. Keadaan ini berkaitan dengan isyarat elektrik di bahagian Buah Pinggang . mengawal kecemasan atau terkejut yang berpusat di bahagian Kelenjar Adrenal. Debaran yang menyebabkan pesakit terkejut beberapa kali akan menggangu Kelenjar Adrenal atau menggagalkan Kelenjar Adrenal untuk membantu Buah Pinggang berfungsi. Penyakit tidak akan pulih selagi sikap tidak mahu diubah.
Petua Mengatasi Debaran
Pemakanan adalah faktor utama dan tidak sukar untuk mengawalnya. Penyakit adalah apa yang kita makan setiap hari. Jika kita berfikir kita sihat, dengan sendirinya keinginan kita akan seimbang untuk memilih makanan yang sihat.
Bersedia untuk menghadapi apa sahaja. Orang yang boleh tampil tanpa berdebar ialah orang yang tampil disamping menguasai audians atau khalayak. Orang yang berdebar akan dikuasai khalayak. Jika anda bersedia, bukan sahaja anda tidak akan berdebar, malah setiap ucapan anda akan dihayati dan anda juga menghayati setiap yang anda tampilkan. Ketika itu setiap yang ditampilkan akan bermanfaat dan tidak dipersiakan.
Kekeliruan Tentang Debaran
Jika anda berdebar ketika melihat susuatu yang amat anda sukai seperti kereta, banglow, atau pun kekasih anda, itu dinamakan “debaran teruja”, bukan simptom penyakit. Jika anda merasakan sedemikian, ia bermaksud anda akan dapat setiap yang dirasai dengan penuh debaran.
Jika anda rasa berdebar tanpa sebab hingga jantung menjadi kencang dan berombak hingga kelihatan di dada, itu menunjukkan anda ada masalah Jantung.
No comments:
Post a Comment