Thursday, June 11, 2009

Bapa terbaik mendidik, bergaul mesra dengan anak


BAPA sebagai ketua dan pemimpin keluarga berdepan tanggungjawab berat memastikan kesejahteraan mereka di bawah kepemimpinannya. Bapa adalah nadi dan tonggak kepada kecemerlangan keluarga.


Bapa dibantu oleh ibu mencorak hala tuju rumah tangga dengan mengambil kira keperluan setiap ahli keluarga mengikut kemampuan supaya kehidupan dapat dilayari dengan aman, bahagia serta penuh perasaan kasih sayang. Menjadi bapa sempurna bukan mudah tetapi itu tidak menghalang seorang lelaki menimpa pengetahuan serta kemahiran terutama dalam membimbing isteri serta anak ke arah kehidupan mendapat keredaan Allah. Bukan semua lelaki dilahirkan untuk menjadi bapa yang baik tetapi mereka mempunyai pilihan termasuk menjadikan kejayaan bapa mereka mendidiknya serta adik beradik lain sebagai contoh teladan selain Rasulullah SAW yang sepatutnya menjadi idola semua umat Islam.


Rasulullah SAW adalah contoh ikatan terbaik bagi bapa melaksanakan atau memainkan peranan memimpin keluarga. Baginda SAW secara langsung menyebut tatacara sebagai bapa dan suami terbaik dengan memberikan contoh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” - (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban) Rasulullah SAW bukan saja mementingkan didikan agama dan akhlak terhadap anak, juga kemesraan dalam pergaulan. Baginda SAW memberi layanan mesra dan perhatian kepada anak termasuklah yang sudah berkahwin. Banyak bapa mengabaikan aspek kemesraan dalam pergaulan dengan anak lantaran sibuk dengan urusan pekerjaan dan aktiviti luar rumah. Adalah tidak adil bagi bapa beranggapan tugas rumah tangga termasuk mendidik anak, tanggungjawab ibu.


Tambahan, tuntutan hidup hari ini memaksa ibu turut bekerja bagi membantu suami menampung perbelanjaan keluarga terutama bagi yang mempunyai anak sedang belajar. Oleh itu tidak adil meletakkan tanggungjawab kepada satu pihak sebaliknya kedua ibu bapa perlu memenuhi amanah mereka. Menjadi bapa terbaik tidak bermakna mereka perlu sentiasa berdamping dengan anak, cukup berada di samping apabila kehadiran mereka diperlukan. Ada masa anak mengharapkan kehadiran bapa sebagai penasihat atau penguat semangat. Hati anak mudah terguris jika di saat mereka mengharapkan kehadiran bapa, perhatian diharapkan tidak diterima. Ada kala anak tidak memerlukan masa yang lama, sekadar ingin bertanya dan mendapatkan pandangan. Jika itu juga sukar dipenuhi, pastinya hati mereka akan rasa kecewa. Waktu terbaik untuk menunjukkan sifat prihatin dan kasih sayang bapa terhadap anak adalah ketika makan bersama dan solat berjemaah.


Kesibukan atau kehilangan bapa seharian melakukan tugas akan terganti apabila dapat makan bersama serta bersolat dengan anak. Kebanyakan bapa yang baru menimang cahaya mata berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bermain dengan bayi pengikat kasih sayang keluarga. Menghairankan, perasaan itu seakan luntur apabila anak bertambah serta meningkat dewasa. Sedangkan, sebuah keluarga adalah satu anugerah atau nikmat terbesar Allah kurniakan kepada manusia. Perasaan cinta dan kasih sayang yang disulami dengan rasa tanggungjawab serta keimanan menjadikan kehidupan berkeluarga sebagai asas kepada segala kehidupan lain. Banyak bapa sekarang sibuk bekerja dan bersosial. Satu budaya yang tidak sihat apabila banyak bapa lebih suka menghabiskan masa di luar rumah bersama rakan sehingga larut malam.


Amalan minum sambil berborak sehingga larut malam menjadi pemandangan biasa di kedai dan restoran. Mereka lebih rela melayan pelawaan rakan untuk beraktiviti luar daripada melayan permintaan anak sendiri. Sebab itu kes bapa terlupa menunai janji untuk bersama-sama anak sentiasa berlaku. Anak dimarah jika terlalu mendesak supaya bapa lebih banyak masa bersama mereka. Setiap janji wajib ditunaikan termasuk janji kepada anak. Mungkir janji dengan anak bukan saja mengecewakan mereka bahkan mendidik mereka melakukan amalan sama. Amat buruk kesannya jika anak terdidik dengan sikap negatif seperti tidak menunaikan janji dan tidak mengasihi ahli keluarga. Interaksi secara fizikal banyak membantu membentuk hubungan emosi anak dengan bapa dan seluruh ahli keluarga. Anak akan berasa lebih dihargai dan disayangi.


Hubungan itu secara langsung mewujudkan perasaan kasih anak kepada bapa yang mencetuskan keinsafan untuk mengutamakan keluarga dalam semua perkara. Dalam banyak hal, anak ingin berkongsi pengalaman dengan bapanya terutama kalangan anak lelaki meningkat remaja. Bapa menjadi individu paling rapat dan menjadi contoh terbaik kepada anak lelaki. Mereka menyimpan impian untuk menjadi bapa seperti bapanya apabila bergelar bapa nanti. Betapa bangganya bapa dapat mendidik anak mengikut langkahnya menjadi bapa yang baik dan sudah pastinya paling penting ialah dapat menunjukkan jalan agama yang baik.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun daripada pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” - (Surah at-Tur, ayat 21)


Oleh Lokman Ismail
Berita Harian

Wednesday, June 10, 2009

Sama tapi x serupa..Apa moral pada kedua2 gmbar ni



Saya amat terkejut dgn gambar ini ini.. harap2 ianya hanya berlaku dalam kelurga yang bukannya org islam.
Lihat seekor gajah secara lakarnnya.. betapa sayangnya dia kepada anak.. itu jiwa yg perlu disemai dalam diri kita.
Fikir-fikirkanlah...

Hello... mu gi mano?


Mari teka apa dialog yang sedang dibualkan oleh kaldai tu.. apa erk?
Hadiah menarik menanti anda;
hadiah utama- dapt membina rangkaian friendster ngan dia
he heh

Bacalah citer ni..kisah hidup ku


>> Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru.


Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.


Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun. Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.


Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysiadan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.


Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.


Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!! ! Kebahagian keluarga.... . Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah... bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi. Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sanasini. Lunch pun nak meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!! Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat ..kekadang terlupa... masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.


Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan!!! Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat.... aku menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikanketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali. Selang seminggu aku bernekad...! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO. Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemuakereta-kereta mewahku pada syarikat.


Keluarga ku terkejut.Isteriku menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!! Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!! Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!


Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelah an dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku. Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari. Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai.


Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN.


Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak- anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'.. ..dan anak-anak aku sebagai Directornya. Sekali-sekali aku melihat jam di tangan.


Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik. Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan lagi...Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan...


ini bukan kisah hidup sebenar aku..tp sikit-sikit tu adalah..terutama kuat berangan. he he

Tuesday, June 9, 2009

Ketika Luar Bandar Menyepi


Ketika kami di luar bandar menyepi, ramai diantara kamu turut menyepi. Tetapi jika kami di luar bandar mula menyuarakan hasrat, baru kamu mula buka mata. Buka mata yang mencemuh.


Itu hakikat kami di luar bandar, diketika kami diperlukan...kami diibaratkan jambatan bagi mereka. Apabila mereka telah tiba ke destinasinya, mereka mula menempiaskan ketidakjujuran mereka dengan memperolok2 kami. Kamilah yang dungu, bodoh, tiada wawasan, semak samun itulah kami, mundur itulah kami dan pelbagai lagi...


Sebenarnya kami turut tertanya2, siapa mereka yang mencemuh kami. Bandar sangatkah mereka. Ish! mengarut. Baru makan nasi dengan garfu mula lupa asal usul. Mula dapat slip gaji 4angka mula bongkak. Ish!!! memalukan.


Usahlah terbang terlalu tinggi, lihatlah tanah yang menyelimuti kamu nanti adalah tanah di luar bandar juga. Yang pasti , luar bandar yang kau cemuh itu tetap menerima kamu walaupun hati perit utk menerima hakikatnya.


Ikhlas..kami di luar bandar tetap mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada kamu kerana menyediakan kemudahan kepada kami. Percayalah kami merindui kamu yang jauh di bandar.

Cuba Lihat Gambar Ini dan Terjahlah Fikiran

perhatikan dengan betul, apa yang anda nampak.. perempuan?
saya nampak baby, anda?

Lihat gambar ini dan teruskan melihat sebalik gambar itu, apa yang anda lihat?

Tuesday, June 2, 2009

5 PERKARA ELOK DISEBUT

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut urusan makhluk.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.