Monday, November 10, 2008

santai di KLIA




Saja bawa keluarga ke KLIA... dah x der tmpt lain nak g...

Magic




haha.. najwa buat magic.. syiling lekat kat dada...

gambar hari raya aidilfitri lepas














































Kenangan hari raya aidil fitri 2008 di kampung air tawar 2

Kerja pembersihan Rumah Baru Di Salak Tinggi


































Alhamdulillah..akhirnya saya dapt membeli sebuah rumah yang mungkin akan menyenangkan semua terutama keluarga tercinta.. dapt kunci dah lama..bulan pose lepas tp baru sekarang nak cuci.. penat gak nak basuh semua..
















Ni gambar kawasan laman..abih rm200 suruh depa bersihkan tapi ngam gaklah bersih.. kalu aku buat maap lah MC kejelah.
















Ni toilet no 3... basuh jgn x basuh
























Yang ni menyeri mata..pengubat penat.. org bersihkan rumah tidak diaorg buat kerja budak-budak..eh memang bebudak pun
















Ni kerja senang tp mencabar kesabaran aku... nampak mcm ok je tp hakikat fuhhh penat gak..minta nanti menyalalah lampu ni... ni gara-gara nak jimat kos lah..
















Friday, November 7, 2008

Sejarah Hidup Mrall














































Dilahirkan pada 17 April 1977. Dengan keperitan hidup sebagai anak peneroka Felda Jengka 14, Pahang, dibesarkan dengan penuh kesederhanaan dan kasih sayang daripada ibu bapa tercinta. Dididik dengan pengetahuan formal dan non-formal sebagai kunci kehidupan yang penuh dengan cabaran dan corak kehidupan yang sentiasa berubah.


















Dididik di sekolah rendah LKTP Jengka 14 sehingga darjah 6 dan Sekolah Rendah Agama Rakyat Jengka 14 dan berjaya menduduki peperiksaan UPSR cemerlang. Rasa hiba apabila diberitahu ketidakupaya keluarga untuk memastikan aku berada di sekolah yang setanding dengan pencapaian ku bersama kekawan yang cemerlang. Itu telah membuka minda untk membuktikan aku akn terus mewarnai kehidupan dengan kejayaan, di sekolah Menengah Agama Jengka Pusat telah meletakkan diriku setandingan dengan orang lain..Sekolah Menengah Agama Al Wosto pula medan ilmu yang aku tempuhi menduduki pepriksaan SPM dan SMA membuat ku menyedari.. kenakalan ku membantutkan aku untuk berjaya.. Namun keinsafan diri mengubah hala tuju ku.. aku teruskan perjuangan ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan Jerantut..dan hanya 2 bulan aku di sana dan ditawarkan melanjutkan pendidikan di Kolej Islam Melaka dan di situlah bermula era IPT yang mematangkan hidup sebagai pelajar.


















Kehidupan sederhana ini dengan diri yang jauh menyendiri di Negeri Melaka, aku tempuhi dengan kesabaran..... akhirnya segulung Diploma ditangan tanpa ada keluarga disisi disaat kekawan meraikannya bersama keluarga dihari konvo ku...


















Sekali lagi aku memutuskan utk aku meredhakan diri melupakan sementara alam pembelajaran ku untuk melangkah ke arena kerja sebagai batu loncatan untuk menyambung pengajaran keperingkat lebih tinggi.. kegawatan ekonomi ketika itu memberi pengalaman yang tidak terhingga.. bau busuk getah dan gigitan nyamuk di kebun getah memberitahu aku betapa susahnya ibu bapa ku membesarkan aku dan keluarga.. aku mengerti yang aku perlu membantu mereka. Biarlah apa yang orang kata yang pastikan kehidupan aku perlu diteruskan... Aku mula meransang diri utu mencari kelainan..


















Penghijrahan aku ke Bandar Baru Bangi membuka lembaran baru kehidupan ku... bekerja di sebuah syarikat perkilangan yang mengeluarkan frozen Food, memberi aku pengalaman kerja yang tidak dapat diluahkan... menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Maha Esa membuat aku lebih kental melayari kerjaya baru ini...


















Namun aku terpaksa meletakkan diri aku sekali lagi ke dalam situasi kritikal apabila terpaksa membuat keputusan melakukan kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan.. rupa-rupanya kehidupan di bandar tidak sama dengan di kampung...rezeki yang secupak tidak akan menjadi segantang jika tidak berusaha menambahnya. Peritnya hidup seorg diri, namun keperitan itu hanya diletakkan dalam hati dan perasaan sahaja.. untuk dinyatakan kepada keluarga tidak sama sekali, biarlah mereka melihat aku seperti yang mereka harapkan.


















Panggilan temuduga jawatan sebagai penolong pegawai pembangunan masyarakat di Kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah memberi warna baru kehidupan aku.. akhirnya jawatan itu miliku hingga kini..


















Daripada kerjaya itulah.. kehidupan terus berubah...dan kini aku tidak seperti dulu lagi.. untuk isteri dan anak-anak, aku akan terus berusaha memastikan kehidupan kamu semua tidak seperit kehidupan yang pernah aku lalui... utk semua jangan lupa bersyukur dan mengingati kebesaran yang Maha Esa. Niatku untuk memegang segulung ijazah yang pernah diimpikan dulu kini aku mengatur semula untuk mengecapinya.. nilai titik penuh keringat ini akan aku buktikan aku mampu merealisasikan impian ku.





























nama: All Ashari Bin Nong

Kerjaya: Penolong Pegawai Latihan Kanan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Kelahiran Negeri Pahang, Jengka 14, Bandar Jengka

Lahir pada 17 April 1977

SELAMAT MENGENALI HATI BUDI MR ALL

selamat melayari blog mrall.